Follow-Follow

03 February, 2014

9 December

Hey Guys..'Lama tak update blog ni.. Huhu..
Tengok title kat atas tu kan? Why 9 December? WHY??!
Huhu.. Tu tarikh keramat dalam hidup Akhir..
Pagi-2 da bangun niat nak lepak dengan member sepanjang hari ni, Tengok wayang..
Nak Enjoy..



Petang tu dapat la jugak enjoy..
Tapi malam tu, kitorang nak g makan n lepak kat pantai pulak..
Tiba-2 BOOM!

Akhir terlibat dengan kemalangan..




Malam tu Akhir hilang ingatan sekejap.. Haha
Semua Akhir tak ingat, n sedar-2 da ada kat dalam wad..
Paha dan Rahang Akhir patah..
Dekat paha tu, tulang Akhir terkeluar..
Dan untuk stabilkan balik, doktor terpaksa rentap..
RENTAP!! Ya Allah sakit sangat.. Ayah Akhir yang tengok pun sedih.. Huhu..
Rahang Akhir pulak patah empat sampai gigi Akhir jadi senget..
Tak boleh bukak mulut langsung..
Sepanjang masa kat hospital, Akhir just boleh makan bubur..
Glasses Akhir pulak tertusuk dekat dagu Akhir sampai koyak..

Esoknya, ramai betul peguam yang datang cari Akhir,
Semua nak berebut ambil kes Akhir sebab diorang kata Akhir tak salah..
Ye memang tak salah pun.. Sebab perempuan yg bawak kereta tu gila..
Tiba-2 berhenti depan Akhir so Akhir tak sempat brek n terlanggar la belakang dia
dengan kelajuan 80km/j.. B*d*h punya perempuan!
Ehh teremosi pulak.. Hehe Sory..

Lima hari lepas masuk wad, Akhir dapat buat operation ..
Untuk masukkan besi dekat PAHA dan RAHANG Akhir..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
Dan tiga hari selepas tu Akhir dapat balik rumah..
TAPI.. Kena pakai tongkat.. Huhu..'
Doktor cakap kaki Akhir cuma akan sembuh selepas 6 bulan..

*Terapaksa la pakai tongkat ni for 6 bulan

Kalau ikutkan semuanya dah berlalu dekat 2 bulan dah..
Akhir cuma malas nak cerita kat blog ni.. 
Tapi hari ni rasa rajin pulak.. Hehe
Sekarang ni keadaan Akhir makin baik dah :)
Dah boleh makan KEPC dan MEKDI .. Haha



*XRAY paha Akhir yang dah dimasukkan besi dan skru


*Parut jahitan di paha Akhir


*Glasses yg mencalarkan muka Akhir dan Glasses BARU!! Hehe

Kadang-2 kita tak boleh jangka bila malapetaka nak datang,
Macam cerita Akhir ni.. Akhir tak bersalah dalam hal ni..
Kesilapan orang lain di jalan raya menyebabkan Akhir terpaksa tanggung semua ni..
Tapi semua yang berlaku ada hikmah.. In syaa Allah :)
Lagipun kes Akhir ni akan berlawan di mahkamah..
Doakan kemenangan Akhir yea?
Akhir harap akhir dapat pampasan atas semua kesakitan yang Akhir terima ni :)

Err guys, Akhir da penat menaip banyak-2 ni..
Hehe.. Stay safe on the road okay? :)

Note: Terima kasih buat semua yang melawat Akhir ketika di wad.. Ayah dan parents yang menjaga terutamanya.. Ahli-2 Persatuan Seni Silat Perguruan 3 Serangkai, serta tak lupa sahabat Akhir ZUL dan SHAWAL..Semoga Allah membalas kebaikan kalian..

No comments: