Follow-Follow

22 January, 2012

Love your Life , It will be beautiful as you want :)


kehidupan tu bagaikan sebuah perjalanan yang panjang..
sebuah perjalanan mencari CAHAYA yang hakiki bagi menerangi perjalanan yang seterusnya..
Namun , perjalanan itu juga tidak akan mudah ..
Di suatu masa , kita akan menemui dua jalan untuk dipilih ...

Pertama : Jalan yang kelihatan sangat terang dan mudah untuk ditempuhi bagi mencapai matlamat kita pada dasar dan permulaannya . Tapi pada penghujungnya nanti kita akan temui satu akibatnya yang dirangka syaitan .Sanggupkah ?? .. Itu belum cukup lagi , Kerana Allah s.w.t juga akan memberikan balasan buruk kerana kita sanggup memilih jalan salah untuk meraih kejayaan .

Kedua : Jalan yang kelihatan sangat teruk dan payah untuk kita mencapai matlamat kita pada dasar dan permulaannya . Namun di akhirnya , kita akan temui satu kebahagiaan dan kejayaan yang sangat tidak terhingga daripada Allah s.w.t kerana berusaha melalui jalan yang benar .

Jalan apakah yang saudara saudari Islam Akhir akan pilih ?
Fikirlah baik buruknya sebelum memilih .
Kerana kehidupan ini sememangnya indah .
Kita yang membentukkannya sehingga kadang kala kita lupa akan pencipta kita ..
Akibat lupa, kita digoda syaitan sehingga sanggup mengikut kehendak nafsu kita yang dahagakan kejayaan .
Dari situ , kita sudah membentuk dan merubah kehidupan kita menjadi teruk , lalu kita tergelincir dari landasan menuju kehidupan sebenar :(

Saudara dan saudari sekalian ...
Memang hidup ini banyak dugaannya , tapi seperti yang kita tahu bukan ?
Allah tidak akan memberi kita dugaan yang tak mampu kita tempohi .
Kita sememangnya mampu menempuhi dugaanNYA..
Namun sekali lagi kita sudah digoda syaitan yang akhirnya membuatkan kita bertambah lemah apabila menerima dugaanNYA. :(

Jadi hanya satu saudara saudari Islamku sekalian ..
Perjalanan hidup kita adalah untuk meraih kejayaan yang hakiki ?
Apa itu ? kejayaan yang diredhai Allah s.w.t. :)
Gunalah Jalan yang benar untuk meraih apa jua kejayaan yang kalian mahu ..

Sesungguhnya kita tidak pernah bersendirian ..
Allah s.w.t. sentiasa memerhati segala prilaku kita..
DIA sentiasa ada untuk kita ..
tapi kita yang tak pernah nak ada sentiasa untuk DIA ..

marilah kita bersama bertaubat ..
dan insaf atas segala jua kesalahan kita..
mari kita bersama pulang , kembali ke jalan yang benar , iakni Jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Sebelum berakhir entry Akhir kali ni , tolong kalian dengarkan lagu bertajuk 
''Padamu Ku Bersujud'' Dari Afghan .
(Sebelum tu , sila pause lagu Blog akhir ini di ruangan ''TINGGALKAN KAKI ANDA)
Lagu ini mempunyai maksud tersendiri yang sangat menyentuh perasaan dan menusuk kalbu ..


Assalumualaikum :)
Moga kalian semua menemui erti kehidupan sebenar :')


                    

No comments: