Follow-Follow

28 January, 2012

Akhir keletihan ......


*sebelum baca tolong klik nuffnang dan churp-2 kat atas tu boleh ?setiap satu klik anda mampu merubah nasib saya , ecehh :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers semua .
Ouh tak lupa juga selamat tahun baru Cina .
Walaupun agak lewat tapi sempat lagi kan kalau nak ucap? HAHA .

Hari Ni Da Hari Jumaat .
Sekejap Je rasa Cuti Seminggu Akhir Ni..
Homework memang berlambak la ..
Tapi nasib baik da siap semua , just tinggal Seni je .. melukis ...
Hish , nyampah toll .

Sebenarnya Akhir demam hari ni ..
tak tau la macam mana boleh kena .
tapi bangun-2 je pagi tadi badan ni da panas sangat..
hadoiyaii .. time-2 nak sekola baru la nak demam . =='
tapi serius badan ni da tak larat da ...
da la panas gila pastu campur pulak dengan letih gila ni..
nasib baik tak jadi betul-2 gila..

okeyh cukup pasal gila.

ni nak story sikett ,
 Hari Ni Akak Sulung Akhir da pergi sambung berlajar da..
kat mana ? kat KLMU .
kat mana ? kat KL la ==' , HAHA
so semalam last la jumpa dia .
maybe nanti rindu la jugak kat dia tuu .
walaupun dia akak sulung ,
tapi dengan dia la Akhir selalu bergaduh ..
Hehe :)

berlajar elok-2 di sana ye ,
wahai kakakku .


*Noor Fadzilla Bt Mohd Fadzil .
*i love u sister . macam mana pun , kau tetap kakak aku . :)


okeyh , cukuplah sampai sini saja ye .
Akhir dah tak larat nak teruskan menaip .
badan rasa tak sihat , kepala ni sakit .
Assalamualaikum semua . :)

psst : Air Dicincang Tak Akan Putus :)



22 January, 2012

Love your Life , It will be beautiful as you want :)


kehidupan tu bagaikan sebuah perjalanan yang panjang..
sebuah perjalanan mencari CAHAYA yang hakiki bagi menerangi perjalanan yang seterusnya..
Namun , perjalanan itu juga tidak akan mudah ..
Di suatu masa , kita akan menemui dua jalan untuk dipilih ...

Pertama : Jalan yang kelihatan sangat terang dan mudah untuk ditempuhi bagi mencapai matlamat kita pada dasar dan permulaannya . Tapi pada penghujungnya nanti kita akan temui satu akibatnya yang dirangka syaitan .Sanggupkah ?? .. Itu belum cukup lagi , Kerana Allah s.w.t juga akan memberikan balasan buruk kerana kita sanggup memilih jalan salah untuk meraih kejayaan .

Kedua : Jalan yang kelihatan sangat teruk dan payah untuk kita mencapai matlamat kita pada dasar dan permulaannya . Namun di akhirnya , kita akan temui satu kebahagiaan dan kejayaan yang sangat tidak terhingga daripada Allah s.w.t kerana berusaha melalui jalan yang benar .

Jalan apakah yang saudara saudari Islam Akhir akan pilih ?
Fikirlah baik buruknya sebelum memilih .
Kerana kehidupan ini sememangnya indah .
Kita yang membentukkannya sehingga kadang kala kita lupa akan pencipta kita ..
Akibat lupa, kita digoda syaitan sehingga sanggup mengikut kehendak nafsu kita yang dahagakan kejayaan .
Dari situ , kita sudah membentuk dan merubah kehidupan kita menjadi teruk , lalu kita tergelincir dari landasan menuju kehidupan sebenar :(

Saudara dan saudari sekalian ...
Memang hidup ini banyak dugaannya , tapi seperti yang kita tahu bukan ?
Allah tidak akan memberi kita dugaan yang tak mampu kita tempohi .
Kita sememangnya mampu menempuhi dugaanNYA..
Namun sekali lagi kita sudah digoda syaitan yang akhirnya membuatkan kita bertambah lemah apabila menerima dugaanNYA. :(

Jadi hanya satu saudara saudari Islamku sekalian ..
Perjalanan hidup kita adalah untuk meraih kejayaan yang hakiki ?
Apa itu ? kejayaan yang diredhai Allah s.w.t. :)
Gunalah Jalan yang benar untuk meraih apa jua kejayaan yang kalian mahu ..

Sesungguhnya kita tidak pernah bersendirian ..
Allah s.w.t. sentiasa memerhati segala prilaku kita..
DIA sentiasa ada untuk kita ..
tapi kita yang tak pernah nak ada sentiasa untuk DIA ..

marilah kita bersama bertaubat ..
dan insaf atas segala jua kesalahan kita..
mari kita bersama pulang , kembali ke jalan yang benar , iakni Jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Sebelum berakhir entry Akhir kali ni , tolong kalian dengarkan lagu bertajuk 
''Padamu Ku Bersujud'' Dari Afghan .
(Sebelum tu , sila pause lagu Blog akhir ini di ruangan ''TINGGALKAN KAKI ANDA)
Lagu ini mempunyai maksud tersendiri yang sangat menyentuh perasaan dan menusuk kalbu ..


Assalumualaikum :)
Moga kalian semua menemui erti kehidupan sebenar :')


                    

17 January, 2012

★★ Kawan Ampat Tahun ★★ Happy BirthDay Kawan

nampak takk ?? Guitarist terhebadd tu .. 
namanya ZULKARNAIN BIN ZAZALI ٩(●̮̮̃•̃)۶

Okeyh , ni nak story sikett ..(kisah PENDEKK)
Tuan Gambar di atas ni adalah SAHABAT kepada Akhir sejak kali pertama masukk SMK MALIM ..
mase tuu Akhir comelll lagi ,HAHA
masokk SMK Malim tak bape nak kenal sape-2 masa tuu ,Form 1 la katekan .
tapi entah macam mana la kan boleh terlepak dengan budak ZULKARNAIN ni , HAHA
Kali petama masa tu Akhir ingat lagi kiteorang rehat sama-2 waktu rehat (rehat sama-2 waktu rehat?ayat pelik,HAHA)

SEJAK dari rehat bersama itulah , Kami menjadi rapat ..
Dari situ jugalah , kami saling mengetahui bakat masing-2 dalam bidang muzik ..
Akhir boleh bermain gitar dan begitu juga Zul , tapi Zul boleh bermain gitar lebih baik dari Akhir. :)

Dulu , kami pernah cadang nak sama-2 sertai band sekolah ..
Tapi rezeki tak memihak Akhir ...
Zul kini adalah gitarist utama sekolah , dan Akhir hanyalah bekas rythm gitarist sekolah ..
Akhir tak pernah cemburu , tapi rasa gembira sangat dengan kejayaan dia .

14 /1/ 2012 yang lalu adalah tarikh genapnya umur si Zul ni kepada 16 tahun .
16 ?? Tua da kau Zull 
Aku nak sangat ucap kat kau ''Selamat Hari Jadi''
tapi tak sempat nak jumpa kau sejak jumaat hari tu ,
maafkan aku ye
harap-2 kau senyum selalu ,
kalau kau sedih , ke ade orang buli ke , jgn sorok dari aku tau ..HAHA
aku bergurau laa, emosi pulak , hehe :)

Zul..
aku nak kau teruskan kejayaan kau dalam bidang muzik ni ..
kau kena ingat ,
aku sentiasa sokong dan ada di belakang kau tak kira apa pun berlaku :)

Kalau kau nak tau kan...
aku gembira sangat dapat kawan macam kau ..
Kita da macam adek beradik kan ? :)

Dulu pernah jugak la kita gaduh , 
Tapi takde la teruk sangat kan ? Dan mybe masa tu aku yang buat Silap .
Harap Maafkan Aku Ye Zul .
Moga Persahabatan kita Kekal sampai Bila-2 .

gambar masa kami sama-2 ke pertandingan Gamelan & Caklempong Peringkat Sekolah-2 Negeri Melaka 2010.
kami bawak lagu pertama kami sebagai sebuah band ''21 GUNS'' ٩(●̮̮̃•̃)۶



AKSI KAMI DI PENTAS BERSAMA .  ಥ_ಥ ..

.....................................................................................................

Sekali Lagi Aku Nak Cakap, Zul
Moga Persahabatan Kita Kekal Sampai Bila-2 .

Zul Dannyz Zazali & AkhiRoyz Fadzil
13/1/2009 --> FOREVER .


psst : Cantik tak gambar tu ? HAHA , lama woo kawan ngn Zul ni ,
empat tahun da tauu . Harap-2 Angka empat tu akan terus bertambah dan bertambah :)



13 January, 2012

✔ Cara Paling Mudah Tingkatkan Follower ✔

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Blogger-2 Semua .
apa khabar anda ? Akhir baik-2 sahaja .. :)
Malam ni Akhir update entry yang mungkin akan sangat diminati ramai bloger-2 baru .


Okeyh , semua , suka tak tajuk entry Akhir ni ?
bagi Blogger baru semua mesti excited kan ? haha ,
Akhir tak tipu-2 keyh , memang cara ni boleh tinggatkan follower blog anda ..

da excited sangat lettew nak tau caranya kan kan kan ?
okeyh , first , anda kena pergi ke semua group-2 blogger di facebook di bawah ini.
kemudian request la join group tersebut..
then apabila anda sudah diterima menjadi ahli group-2 blogger tersebut,
pandai-2 la anda meletakkan link blog anda di wall post group tersebut ,
pastikan anda blogwalking untuk follow kembali blogger yang follow anda .
Jangan berlagak 'demand' untuk tidak 'menfollow' kembali blogger tersebut .
''Blogwalking dengan Selamat , Jiwa Cermat'' hehe .
  1. Budak Gila Blogging - ini group Akhir :)
  2. Kami Si Blogger
  3. KELAB BLOGGER
  4. I Follow U, U Follow Me (Blogger)
  5. JUST BLOGGER IN HERE
  6. Y BLOG
  7. BLOGGER AREA
  8. Saya Blogger Timur
  9. Blogger
  10. Budak Blogger
  11. Diari Sahabat Blogger
  12. Geng Blogger Bersatu
  13. Sahabat Blogger
  14. Untuk Blogger Sahaja
  15. 1 Blogger
  16. Cute Blogger
  17. Geng Blogger
  18. Blogger-blogger
  19. KakiBLOGGER
  20. Lovely Bloggers
  21. Perkumpulan Blogger2 Tegar
  22. BLOGGER
  23. CUTE and TOP blogger
  24. Blogger <3
  25. Kaki Bloger
  26. KOMUNITI GILA BLOG
  27. SEMBANG BLOGGER
  28. Sembang Blog LM
  29. Geng Blog Pink
  30. Kelab Blog 1 Malaysia
  31. Kelab Blogwalking
  32. Kelab Wacana BloggerHolic
  33. Komuniti 1 Blogger 1 Ummah
  34. Santai Blogger
  35. MALAYSIAN BLOGGER UNITE
  36. Kami Budak Blogger
  37. Syoknyerblogging Club
  38. Gerila Penulisan Kreatif
  39. Jom Borak Kosong
  40. Port Blogger
  41. Blogger Crew
  42. Blogger Malaya
  43. Blogwalking Widget
untuk lebih banyak group Blogger , klik sini ----> Group-2 Blogger

peace :P
Okeyh , sampai sini sajalah blogger-2 semua , 
Terima kasih sudi membaca ,
Jangan Lupa share pada kawan-2 ye ..
Selamat Berhujung Minggu :)

psst : amacam ? berkesan kan ? kasi komen sikett , nak tau apa reaksi anda :)


12 January, 2012

Sport Sceince 2012 ツ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Blogger-2 Semua..
Semoga Sihat-2 selalu di samping keluarga ye :)


Lama sudah tak update blog ,, dekat dua minggu ..
Okeyh....Hari ini Khamis Januari 12 2012 . .
Minggu kedua persekolahan hampir selesai ..
Tapi hari ni Akhir tak dapat ke sekolah ..
Sebab sedikit masalah ...

Ni Akhir nak cerita siket aliran yang Akhir ambil tahun ni selepas tamatnya PMR lalu..
mula-2 ada siket kekeliruan sama ada Akhir nak masukk kelas ACCOUNT ataupun SPORT SCEINCE ni ..
tapi masa 7 dan 8 january lalu , Akhir da fikir punya fikir ..
Akhir nak akan amekk kelas SPORT SCEINCE ..
sebab aliran ni mudah siket kalau nak dibandingkan dengan aliran ACCOUNT ..
aliran ACCOUNT ada subject +Math .. tapi SPORT SCEINCE takdee..
Bagi Akhir la kann , Akhir macam bunuh diri kalau terus amek ACCOUNT jugak...
Seriusly Akhir LOW dalam Math , 
So kalau Akhir amekk ACCOUNT , Akhir kena ambil DUA subject Math ..
DUA???
.. Gileww woo kalau amek jugak ,,,, 
Akhir bukannya sepandai itu ..
dan Akhir tau apa yang terbaikk untuk diri sendiri ..
Subject-2 mudah di dalam aliran SPORT SCIENCE ialah :::: ---

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Seni Visual
  • SAINS SUKAN
  • Tassawur Islam (Betoll ke eja ni ? haha)

sebelum berakhir entry ni , tolong klik sini dan sini , terima kasih :)

psst : Akhir tawwu kalau Akhir amekk kelas ni , nanti akan ada yang tak puas hati dengan Akhir..Semoga ALLAH jauhkan Akhir daripada pergaduhan dengan mereka-2 yang tak puas hatii tuu..SUBHANALLAH,, Akhir masuk kelas ni sebab nak belajar , bukan nak bergaduh ..Akhir nak tebus kekecewaan dalam PMR & nak jadi perlajar Cemerlang  2013 .. doakan ye .. Amin..

02 January, 2012

RamBut ?? Nak Bukak Sekolah ?? WTH !!

tAjok entry je da lain macam tak , haha ,
Yeah , kita bertemu lagi di entry baru Akhir wahai fan-2 ku ,
huhu , perasan lagi :P


okeyh , mesti reader  semua da fikir kenapa Akhir ambil gambar jejaka kacak ni kan ?
haha , padahal gambar sendiri :)

Okeyh-2 stop merapu-2 dan jangan puji memuji Akhir lagi , (perasan lagi)

Sebenarnya Akhir nak story-2 pasal Rambut Akhir yang da dekat empat Bulan tak potong sejak tamatnya PMR bulan 9 tahun lepas ,
hehe ,
rambut Akhir ni da panjang , dan Bertambah panjang sejak tempoh itu ,, 
tapi , sekolah da nak bukak balik ,.. so kena potong jugak rambut ni ....
hari ni Isnin , sekolah bukak hari RABU .. WHAT ?! hAri RABU ??

so memey sah-2 la rambut ni Akhir kena potong esok ... T_T ..
Huh , sedihnya ,  da panjang-2 macam ni  nak kena potong pulak ....
kenapa saat-2 ini mesti tiba ?? KENAPA ?! (Emo pulak)

Rasa sayang sungguh nak potong ...
Sejak rambut ni panjang , Akhir rasa makin bertambah-2 kacak dan hensem je , 
hee (gurau) ...

Walaupun berat hati ni nak pergi kedai gunting rambut..
Tapi kenangan bersama rambut ni tetap akan Akhir kenang sampai bila-2 .. T_T
Huh...................Sedihnya ....

Tapi takpelah ,..
macam mana panjang atau pendek pown rambut Akhir ,,
Akhir tetap kacak ^_^ (asyik perasan je dye ni)
hehe ..

Dalam entry ni Akhir banyak merapu kan kan ??? ala , sekali dua kala ,,
Da-2 , Akhir nak pergi kemas barang-2 Sekolah ..
Hari Rabu da sekolah balik ...Ish ...


pssst : Sebenarnya taknak potong rambut ni sebab nak buat rambut style Kim Huyn Joong , seriusly style tu memang sesuai dengan wajah Akhir .. Tapi takpelah , nanti rambut ni akan panjang balik . Lagipun bukannya Akhir sorang yang kena potong rambut , ramai lagi budak-2 sekolah (lelaki) yang kena potong rambut jugak , Sebab , sekolah ada peraturan ,, kalau taknak potong sendiri , nanti kena potong jugak dengan cikgu displin ,, huh , cikgu kalau potong , macam berok punya rambut jadi nnti , Hahahaha ..

Okeyhla , Cukup sampai Sini Ye ..
Kepada Budak sekolah :: Selamat Kembali Ke Sekolah .
Bye-2 .
Assalamualaikum ..

01 January, 2012

# Happy New Year 2012 #






Hey ,, Selamat Datang 2012 .. diulangi .. Selamat Datang 2012 ..
Selamat Tinggal 2011 .. diulangi Selamat Tinggal 2011 ..

tahun depan Akhir da Form 4 da ..
kenapa cepat sangat masa berlalu ?? err ..
rase macam baru je masok form 1(2009) kat sekolah tu ..
teringat je time tu , skema-2 je kat sekolah ..
tak reti nak bajet-2 hensem semua ni ,, hew hew ..
lepas tu agak-2 rajin la jugak ,
sangat mendengar kata guru ..
dan yang paling penting , masa Akhir form 1 , 
dugaan yang Akhir terima tidaklah sehebat seperti ketika Akhir Form 3 ni :'(

Bila da masok form 2 pulak(2010) ,
da pandai nak bajet-2 hensem dan kacak .. ekehkehkeh
Tetapi , ada tapi .....
 form 2 mungkin tahun paling best Akhir buat masa sekarang ni la.. :)
sebab budak-2 sekelas form 2 Akhir yang paling majal kalau nak dibandingkan dengan budak form 1 atau form 3 Akhir ..
budak sekelas form 2 Akhir iaitu 2 Delima ,
adalah yang paling majal sekali di sekolah pada ketika itu 
hee , boleh dikatakan Cikgu Naza(Guru Displin Sekolah Kami) selalu jugak datang kelas kiteOrang sebab kelas kiteOrang ni adalah antara kelas yang paling bising ! 
di Sekolah ,, har har har ..
mase Akhir form 2 ni pown , adalah beberapa dugaan yang datang ...
tapi still tak sehebat dugaan ketika Akhir di Form 3 ..
apa pun 2010 juga adalah antara tahun terbaik Akhir ..

Okeyh-2 , cerita pasal Akhir form 3 pulak ea ,, semalam (tahun lepas 2011 leww) ..
Akhir mula berubah balik untuk tidak main-2 seperti di form 1,
baru nak sedar tahun tu PMR Lettew .. wakakakakaka
tapi .. seriusly ,,
tahun ni tahun yang paling hebadd dugaanya untuk Akhir ...
Bermula dari kemalangan Motor - Kaki patah .. ...
Kemudian tersingkir daripda Pertandingan Silat Olahraga Malaysia ...
dan lastly tersingkir daripada band sekolah ... paling menyedihkan..
Masih sedih dengan semua ni ..
Tapi semuanya sudah berlalu ... dan Akhir kena pandang ke hadapan ..
jangan berpatah kembali ... :')
One more , result PMR Akhir hanya cukup-2 makann ..
tak mengapalah , mybe tu lah kemampuan sebenar Akhir ..

Cukup untuk kisah Akhir 2011 ..
Kini Akhir hanya mampu berdoa agar tahun Form 4 Akhir (2012 !!)
tidak disusuli banyak dugaan seperti tiga tahun sebelum ni ..
Akhir berharap tahun ni dipermudahkan untuk segala urusan Akhir tak kiralah samada berlajar di sekolah ataupun apa sahaja urusan lain Akhir selagi Akhir masih hidup ..

Berikut adalah senarai azam tahun baru Akhir di 2012 

  1. Lebih taat kepada suruhan agama Islam , taat kepada Allah dan juga Ibu Bapa.
  2. Berlajar dengan lebih bersungguh-2 agar dapat menebus kegagalan di PMR dengan membawa pulang kecemerlangan di SPM.
  3. Lebih tabah dan tidak melakukan tindakan bodoh atau yang sewaktu dengannya jika ditimpa sebarang dugaan , masalah atau kekecewaan lagi .
  4. Kurangkan Online ,.
  5. Menjadi pengawas yang lebih tegas di sekolah .
dah lettew , kusyuk bebeno korang baca hihihi kantoi ,,
ini lah apa yang Akhir harapkan dan akan berdoa setiap hari untuk meraihnya..

Ya ALLAH ..
Moga 2012 ini dipermudahkan untuk hambamu yang lemah ini ..
AMIN ..

Psstt : Kalau korang perasan la , Style Akhir gelak-2 lain-2 dalam entry ni .. hehe .. Saje , excited nak tulis pasal 2012 ,.. Kejap , Akhir nak bagi pendapat sikett , bagi Akhir la kan Azam tu tak semestinya boleh diterapkan dalam hati kita hanya ketika ketibaan tahun baru je .. Misalnya , kalaula ade member korang tak nak berubah untuk tahun baru ni , tak semestinya dia kene tunggu 2013 baru dia boleh pasang azam untuk berubah .. Yang penting hati kita niat untuk berubah , walau bila-2 masa sekalipun , InsyaAllah akan dipermudahkan olehNYA .. :)

Moge bertemu lagi di lain entry , ADDIOS , 
Assalamualaikum ..
Dan Selamat Tahun Baru Semua .